Media sosial yang membayar anda bersosial
Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan banyak lagi merupakan platform untuk sesiapa sahaja untuk menyampaikan maklumat, berkomunikasi dan sebagai medium untuk mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan. Kesemua media sosial yang ada tidak memberi pulangan kepada pengguna kecuali YouTube dan Instagram. Tetapi kedua-duanya mempunyai syarat yang ketat dan mesti mencapai kriteria barulah mendapat pulangan daripadanya. Yang lainnya tidak memberi apa-apa pulangan walaupun anda mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan mendapat "Like" yang banyak serta komen yang juga tidak terkira banyaknya tetapi hasilnya tetap sama seperti yang tidak mempunyai pengikut yang ramai. Cukup mengecewakan bukan? Di sini saya akan berkongsi satu media sosial baru untuk menyaingi platform yang sedia ada dengan memberi pulangan walaupun sedikit tetapi ia menghargai pengguna yang menggunakan khidmat mereka. Dengan cara penggunaan yang sama berbanding media sosial yang lai...